BAB II
BIDANG PERBINCANGAN ALIRAN PASCAMODENISME
PENDAHULUAN
Kemunculan aliran pascamodenisme yang sedang berkembang kini, seringkali ditanggapi dan dinilai sebagai suatu bentuk reaksi atau suatu bentuk cabaran terhadap pemikiran yang wujud dalam aliran modenisme. Oleh kerana itu, aliran pascamoden telah banyak meresap masuk ke dalam pelbagai bidang ilmu seperti kerohanian, agama, pendidikan, kesenian dan kebudayaan serta banyak lagi bidang-bidang lain yang telah dipelopori oleh aliran pemikiran moden sebelumnya. Pertembungan yang telah berlaku antara kedua-dua aliran tersebut akhirnya telah membawa kesan perbincangan yang pelbagai dalam lapangan ilmu pengetahuan. Ramai di kalangan golongan intelektual yang telah cuba membincangkan aliran-aliran ini daripada pelbagai aspek perkembangan dan kemajuan dunia kini. Perbincangan yang dilakukan termasuk jugalah berkaitan dengan gaya hidup dan keperluan masyarakat kini. Kebebasan merupakan elemen penting yang telah di dukung oleh aliran pascamoden.
Oleh demikian, perbincangan dalam bab ini akan diteruskan dengan mengetengahkan beberapa bidang penting yang telah diresapi oleh aliran pascamodenisme ini. Bidang-bidang yang akan dibincangkan ini merupakan di antara bidang-bidang awal yang telah dipelopori dan diperdebatkan secara lebih menyeluruh oleh aliran pascamodenisme. Di antara bidang-bidang tersebut adalah kesenian dan seni bina atau arkitektur, kesusasteraan, kebudayaan dan agama. Namun begitu, di dalam perbincangan ini, penulis akan lebih menekankan kepada bidang kesusasteraan di mana ianya dilihat lebih banyak dipengaruhi oleh perbincangan aliran pascamodenisme. Ia juga merupakan di antara perbincangan utama yang telah
diketengahkan oleh aliran ini di awal perkembangannya. Bagi Penulis, perbincangan yang lebih teperinci dalam kesusasteraan dilihat boleh memaparkan secara lebih jelas lagi berkaitan elemen-elemen penting yang ingin diketengahkan oleh golongan pemikir pascamodenisme ini. Namun perbincangan ini juga akan menyentuh serba sedikit berhubungan dengan bidang-bidang lainnya.
DI ANTARA BIDANG PERBINCANGAN PASCAMODEN
Sepertimana yang telah diperjelaskan dalam bab yang lalu, pascamodenisme ini adalah amat sukar sekali untuk ditentukan secara tepat definisinya. Ia merupakan satu istilah yang telah dipergunakan dalam pelbagai erti dan terlalu rumit untuk merumuskan satu definisi yang bersifat tepat dan menyeluruh, yang dapat mencakupi semua demensi erti yang terkandung di dalamnya. Namun penggunaan istilah ini telah dipergunakan buat pertama kalinya di dalam bidang seni arkitektur. Seandainya zaman moden telah memperlihatkan ciri-ciri utama arkitektur yang terdiri daripada gedung- gedung yang besar dan menjulang tinggi tanpa mempunyai banyak variasi yang dipertontonkannya, era pascamoden pula telah memaparkan satu bentuk ciri arkitektur yang mencerminkan pelbagai variasi yang telah menggabungkan berbagai-bagai gaya seni arkitektur yang diperolehi daripada pelbagai sejarah arkitektur dunia. Gabungan- gabungan ini akhirnya telah memperlihatkan aspek-aspek atau corak seni arkitektur tradisional yang telah diserap masuk ke dalam seni arkitektur pascamoden (Mana Sikana 1998:126).
DI ANTARA BIDANG PERBINCANGAN PASCAMODEN
Sepertimana yang telah diperjelaskan dalam bab yang lalu, pascamodenisme ini adalah amat sukar sekali untuk ditentukan secara tepat definisinya. Ia merupakan satu istilah yang telah dipergunakan dalam pelbagai erti dan terlalu rumit untuk merumuskan satu definisi yang bersifat tepat dan menyeluruh, yang dapat mencakupi semua demensi erti yang terkandung di dalamnya. Namun penggunaan istilah ini telah dipergunakan buat pertama kalinya di dalam bidang seni arkitektur. Seandainya zaman moden telah memperlihatkan ciri-ciri utama arkitektur yang terdiri daripada gedung- gedung yang besar dan menjulang tinggi tanpa mempunyai banyak variasi yang dipertontonkannya, era pascamoden pula telah memaparkan satu bentuk ciri arkitektur yang mencerminkan pelbagai variasi yang telah menggabungkan berbagai-bagai gaya seni arkitektur yang diperolehi daripada pelbagai sejarah arkitektur dunia. Gabungan- gabungan ini akhirnya telah memperlihatkan aspek-aspek atau corak seni arkitektur tradisional yang telah diserap masuk ke dalam seni arkitektur pascamoden (Mana Sikana 1998:126).
Setelah itu, istilah pascamodenisme kemudiannya telah digunapakai untuk bidang-bidang lain selain daripada seni arkitektur iaitu melibatkan bidang-bidang seperti teori sastera, teori sosial, gaya hidup, falsafah, politik bahkan juga melibatkan kepada aspek agama. Jelasnya intipati kepada pemikiran pascamodenisme adalah bersifat menentang segala aspek yang berkaitan dengan perkara-perkara yang disifatkan sebagai mutlak atau universal. Pemikiran ini bersikap menolak dan menghindari suatu sistematik huraian atau pemecahan persoalan secara sederhana dan
sebaliknya lebih bersikap suka untuk memanfaatkan nilai-nilai yang berasal daripada berbagai aneka bentuk sumber. Penyebaran aliran pemikiran pascamoden ini bergerak dengan begitu cepat sekali menerjah pemikiran masyarakat melalui media-media elektronik seperti radio, television, faksimili serta melalui media-media cetak seperti surat khabar, majalah, jurnal-jurnal mahupun buku-buku. Akhirnya perbincangan isu yang dibentuk oleh aliran pemikiran pascamoden ini telah menjadi satu isu penting dalam perbincangan masyarakat kini (Mana Sikana 1998:127).
Segala elemen-elemen yang mendasari semua perkembangan ideologi ini sebenarnya telah menyebabkan satu penyebaran yang cukup luas terhadap aliran pascamoden ke dalam bidang-bidang lain yang berkaitan dengan bidang pemikiran konvensional termasuk jugalah agama. Namun begitu dalam bab ini penulis akan hanya memaparkan bebarapa bidang sahaja yang dilihat sebagai di antara bidang penting yang telah diresapi oleh aliran pascamoden ini terutamanya di dalam bidang yang berhubung dengan teori kesusasteraan. Ini kerana ia merupakan satu perbincangan yang cukup luas untuk diketengahkan bagi memahami secara lebih lanjut lagi berkaitan dengan aliran pascamoden ini.
KESENIAN DAN SENI ARKITEKTUR
Terdapat banyak pengenalan bagi pascamodenisme yang telah dimulakan dengan membicarakan dari aspek peranannya dalam bidang seni bina ‘architecture’. Terdapat dua alasan terhadap perkara ini:
a) Seni bina merupakan satu bentuk atau gaya yang terus menerus memberikan kesan kepada semua masyarakat dalam kehidupan seharian mereka. Ini kerana jika ditinjau sesuatu masyarakat dari aspek kehidupan, perjalanan dan perkerjaan mereka, maka akan dapati bahawa ia memberi kesan yang mendalam terhadap diri mereka tentang bagaimana mereka memperlihatkan imej mereka, pengalaman- pengalaman dunia mereka, hubungan antara mereka dan lain-lain lagi.
b) Perkara penting dalam memperkenalkan secara umum berkenaan pascamodenisme ini adalah dengan merujuk dan meneliti kepada pengertian “post” itu sendiri. Di mana ia membawa maksud sebagai sesuatu yang datang selepas atau terkemudian. Ia merujuk kepada satu era seni bina yang bersifat lanjutan daripada seni bina sebelumnya.
Seni bina moden telah muncul sebagai “International Style” di mana ia telah dibangunkan lantaran daripada Perang Dunia Pertama dan telah pun meresap masuk ke dalam Perang Dunia Kedua yang bertujuan untuk membina semula Eropah.
International Style merupakan satu gerakan yang cuba untuk memperbaharui semula
proses pembinaan dan reka bentuk dengan cara menolak daripada bentuk-bentuk yang bersifat tradisional. Kenyataannya, mereka telah cuba untuk memberikan satu bentuk tata bahasa jurubina yang bersifat universal, di mana semua bentuk pembinaan seperti perumahan adalah sama sekalipun ianya di Berlin atau Bangkok (Simon 2005: 13).
Namun apabila memperkatakan berkenaan seni bina pascamoden, ia adalah bersifat menolak seni bina moden yang mengklasifikasikan semua seni bina dalam bentuk yang universal. Seni bina pascamoden adalah lebih tertumpu kepada ciri-ciri dan identiti yang bersifat tradisi tempatan. Jencks (1987) telah menamakan proses ini sebagai “double coding” iaitu dengan mempamerkan cita rasa yang popular dan mewah terhadap reka bentuk dalam seni bina, di mana ianya adalah bersifat elektik iaitu dengan mengabungkan pelbagai sumber dalam sesuatu binaan. Ini bermaksud bahawa seni bina pascamoden telah memperlihatkan dan membentuk satu seni bina yang di ambil daripada pelbagai period sejarah dan masyarakat. Antara lain ia bertujuan untuk meresapkan pelbagai elemen tradisi tersebut kepada dunia moden (Simon 2005: 15). Dalam hal keadaan yang berlaku ini, jelasnya masyarakat tidak akan dapat mengenalpasti lagi seni bina-seni bina tradisional yang dahulu kerana segala benda, ukiran atau reka bentuk tradisional dahulu telah dicampur-adukkan, yang mana segala yang biasanya di luar akan di letakkan di dalam dan yang di dalam akan di letakkan di luar (Muhammad 2004: 2).
Di dalam bidang sastera, ia memperlihatkan beberapa kesan perkembangan yang berlaku di dalam struktur-struktur penulisan, teks, bahasa dan lain-lainnya, di mana ianya melibatkan kepada satu bentuk pertumbuhan teori sastera yang luar biasa, malahan makna kesusasteraan, pembacaan dan kritikan juga telah melalui perubahan yang mendalam. Perubahan dalam teori sastera pada abad ini dilihat mula berlaku sekitar tahun 1917 lantaran daripada kenyataan formalis Rusia iaitu Viktor Shklovsky yang telah menerbitkan esei bertajuk “Seni sebagai Alat” (Terry 1988: vii). Namun dalam perbincangan ini, penulis akan cuba untuk lebih menekankan kepada persoalan lanjut berhubung dengan perubahan dan kritikan-kritikan yang telah berlaku terhadap kesusasteraan daripada kesusasteraan yang bercirikan kepada kesusasteraan strukturalisme di zaman moden kepada kesusasteraan pascastrukturalisme atau dekonstruksi di era pascamoden ini. Namun penting juga bagi penulis untuk memaparkan dari aspek sejarah perkembangan kesusasteran ini yang melibatkan kepada pelbagai definisi kesusasteraan itu sendiri sehinggalah membawa kepada perubahan-perubahan yang selanjutnya terhadap kesusasteran pada masa kini.
2.4.1 Sejarah Perkembangan Kesusasteraan Barat
Kajian terhadap sejarah pertumbuhan aliran-aliran dalam kesusasteraan sebenarnya secara tidak langsung akan membawa kepada kajian tentang perkembangan- perkembangan yang berlaku dalam sesuatu masyarakat yang berhubung dengan aspek-aspek seperti politik, ekonomi, pendidikan, keagamaan, kekeluargaan dan khususnya terhadap perkembangan-perkembangan pemikiran dan falsafah. Ini kerana kesusasteraan itu sendiri sentiasa mengalami perubahan dan pembaharuan dengan tujuan untuk dilihat sebagai sesuatu yang sentiasa bersesuaian dari sudut zaman, pemikiran dan fungsinya supaya boleh mewujudkan satu kevariasian dalam penciptaan karya sastera itu sendiri. Justeru itu, sastera dalam perkembangan sejarahnya terutama sekali di dunia Barat adalah sentiasa mendapat nama-nama yang baru (Mana Sikana 1983: 2).
Sekiranya seni bina pascamoden bersifat menentang segala reka bentuk sejagat yang universal dan bersikap ironik terhadap ciri-ciri universal ini, di mana ia cuba untuk kembali kepada budaya tempatan dan tradisional, perbezaan pascamodenisme dan modenisme dalam kesenian adalah bersifat lebih komplek lagi daripada itu. Tiada bentuk-bentuk yang sejagat dalam kesenian golongan modenis dan berikutan daripada itu, ia akan dapat lihat di mana golongan artistik pascamodenisme adalah lebih fragmentari atau bercerai-cerai daripada seni bina (Simon 2005: 17).
Jelasnya apabila memperkatakan tentang kesenian zaman moden, ia lebih menjurus kepada satu bentuk lukisan yang berhubung dengan persoalan-persoalan yang menggambarkan aspek yang bersifat popular, ketinggian ataupun kemasyhuran. Sebaliknya kesenian era pascamoden lebih menjurus kepada perkara-perkara yang berhubung dengan aktiviti-aktiviti harian masyarakat. Ia juga berhubung dengan elemen kesenian yang bersifatsurrealism iaitu suatu gerakan kesenian yang cuba utuk mewujudkan perkara-perkara yang ada dalam pemikiran bawah sedar dengan menunjukkan peristiwa-peristiwa seperti yang di lihat dalam mimpi (Simon 2005: 21). Jelasnya aliran pemikiran pascamodenisme dalam bidang-bidang berkaitan seni bina dan seni lukis ini dilihat lebih mementingkan kepada kesenian yang beridentitikan atau bercirikan kepada elemen-elemen kebudayaan atau tradisi tempatan itu sendiri, di mana ia lebih berhubung rapat dengan tradisi-tradisi masyarakat mereka sendiri. Ia lebih memaparkan kepelbagaian dalam reka bentuk yang dipertonjolkannya. Kesimpulannya, seni bina dan seni lukis dalam era pascamoden ini adalah lebih bertujuan untuk menghapuskan segala ciri-ciri universal sebagaimana yang telah diperkenalkan oleh zaman modenisme sebelumnya. Seni bina dan seni lukis ini lebih kepada pluralisme dan tidak terikat kepada suatu ciri tertentu.
2.4
KESUSASTERAAN
Di dalam bidang sastera, ia memperlihatkan beberapa kesan perkembangan yang berlaku di dalam struktur-struktur penulisan, teks, bahasa dan lain-lainnya, di mana ianya melibatkan kepada satu bentuk pertumbuhan teori sastera yang luar biasa, malahan makna kesusasteraan, pembacaan dan kritikan juga telah melalui perubahan yang mendalam. Perubahan dalam teori sastera pada abad ini dilihat mula berlaku sekitar tahun 1917 lantaran daripada kenyataan formalis Rusia iaitu Viktor Shklovsky yang telah menerbitkan esei bertajuk “Seni sebagai Alat” (Terry 1988: vii). Namun dalam perbincangan ini, penulis akan cuba untuk lebih menekankan kepada persoalan lanjut berhubung dengan perubahan dan kritikan-kritikan yang telah berlaku terhadap kesusasteraan daripada kesusasteraan yang bercirikan kepada kesusasteraan strukturalisme di zaman moden kepada kesusasteraan pascastrukturalisme atau dekonstruksi di era pascamoden ini. Namun penting juga bagi penulis untuk memaparkan dari aspek sejarah perkembangan kesusasteran ini yang melibatkan kepada pelbagai definisi kesusasteraan itu sendiri sehinggalah membawa kepada perubahan-perubahan yang selanjutnya terhadap kesusasteran pada masa kini.
2.4.1 Sejarah Perkembangan Kesusasteraan Barat
Kajian terhadap sejarah pertumbuhan aliran-aliran dalam kesusasteraan sebenarnya secara tidak langsung akan membawa kepada kajian tentang perkembangan- perkembangan yang berlaku dalam sesuatu masyarakat yang berhubung dengan aspek-aspek seperti politik, ekonomi, pendidikan, keagamaan, kekeluargaan dan khususnya terhadap perkembangan-perkembangan pemikiran dan falsafah. Ini kerana kesusasteraan itu sendiri sentiasa mengalami perubahan dan pembaharuan dengan tujuan untuk dilihat sebagai sesuatu yang sentiasa bersesuaian dari sudut zaman, pemikiran dan fungsinya supaya boleh mewujudkan satu kevariasian dalam penciptaan karya sastera itu sendiri. Justeru itu, sastera dalam perkembangan sejarahnya terutama sekali di dunia Barat adalah sentiasa mendapat nama-nama yang baru (Mana Sikana 1983: 2).
Secara kasar, aliran-aliran kesusasteran yang muncul ini boleh diketogorikan sebagai aliran klasisme, romantisme, realisme dan absurdisme. Aliran yang muncul sebelum kemunculan aliran romantisme telah diketogerikan sebagai zaman kesusasteraan klasisme. Aliran ini dapat difahami sebagai aliran yang lebih mementingkan ketenangan dalam isi penulisan, memperlihatkan kreativiti yang bersifat penyatuan, mementingkan nilai budi, sangat patuh kepada peraturan dan disiplin masyarakat serta bersifat induvidualistik. Ia masih juga bersifat konvensional dan tradisionalis serta mempunyai tujuan yang lebih sebagai hiburan (Mana Sikana 2004: 6).
Manakala aliran kesusasteraan romantisme pula lebih memperlihatkan pengertian kesusasteraan sebagai suatu yang bersifat imaginatif iaitu menulis tentang sesuatu yang tidak wujud, di mana sesuatu yang tidak wujud itu lebih ditanggapi sebagai bernilai dan berharga daripada mencatat peredaran darah sekalipun (Terry 1988: 20). Aliran romantisme juga disifatkan sebagai aliran yang menentang segala bentuk kesusasteraan klasik dan juga menentang rasionalisme. Penentangan ini dilakukan kerana beranggapan bahawa aliran klasisme dilihat sebagai sesuatu yang tidak bersesuaian lagi dengan peredaran zaman dan dianggap sebagai aliran yang bersifat statik. Manakala penentangnnya terhadap rasionalisme adalah lantaran wujudnya golongan penulis yang beranggapan bahawa perasaan sebagai suatu elemen penting, di mana ia lebih banyak memainkan peranannya terhadap fizikal dan mental manusia berbanding perkara-perkara yang rasional (Mana Sikana 2004: 4). Jelasnya aliran romantisme adalah lebih bersifat tragis dan mengharukan serta lebih banyak melihat dari aspek kebaikan berbanding keburukan.
Auguste Comte merupakan tokoh penting yang telah memperkenalkan aliran kesusasteraan realisme. Beliau menyatakan bahawa sosiologi sebagai suatu bidang ilmu yang tertinggi, di mana beliau telah mengutarakan bahawa penelitian dan gambaran terhadap kehidupan organisasi-organisasi masyarakat menurut seperti adanya merupakan sebagai suatu kebenaran (Mana Sikana 1983: 6). Ini bermaksud
bahawa realisme ini adalah bersifat mendedahkan segala perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian manusia yang berhubung dengan kemasyarakatan atau sosial. Isi penulisannya lebih banyak membicarakan tentang ekonomi, pendidikan, status masyarakat, politik serta perkara-perkara yang berhubung dengan pembentukan sosial dan kenegaraan (Mana Sikana 2004: 7). Secara keseluruhannya aliran ini lebih mengetengahkan elemen perjuangan, di mana sastera itu sendiri telah dijadikan alat bagi mencapai sesuatu matlamat seperti karya tentang kemerdekaan.
Akhirnya realisme ini juga telah mengalami perubahan kepada absurdisme. Kemunculannya disebabkan oleh kegagalan golongan realisme membuktikan kenyataan yang menyatakan bahawa realiti melalui pancaindera boleh menghasilkan atau menemukan kebenaran dalam soal yang berhubung dengan kejiwaan. Aliran baru ini dinamakan sebagai absurdisme kerana ia telah melemparkan manusia dalam situasi kebodohan, kekacauan dan kebebasan fikriah yang tidak bertepi. Jelasnya aliran ini merupakan aliran yang mementingkan kepada curahan perasaan dalaman manusia, di mana isi karyanya lebih bersifat mempersoalkan hakikat kehidupan serta bertentangan dengan konvensional (Mana Sikana 2004: 8-9). Zaman absurdisme ini muncul dengan berkembangnya kesenian sastera yang berkaitan dengan drama berbanding zaman sebelumnya iaitu realisme yang lebih berhubung dengan puisi.
Rentetan-rentetan sejarah perkembangan kesusasteraan ini memaparkan bahawa kesusasteraan telah sekian lama menjadi bahan perbincangan yang hangat dari pelbagai aspek yang merujuk kepada definisi kesusasteraan itu sendiri serta peranannya terhadap perkembangan ideologi-ideologi yang berlaku kepada masyarakat Barat khususnya. Kesusasteraan bukan semata ditanggapi sebagai suatu perbincangan khusus yang berkaitan dengan teks-teks penulisan atau bahasa penulisan, namun penulisan ini juga dilihat telah menjangkaui segala aspek yang berkaitan dengan pembentukan negara serta masyarakat. Jelasnya perbincangan yang terperinci dari sudut sejarah kesusasteraan ini adalah bertujuan untuk memaparkan tentang sejauhmana bidang kesusasteraan ini begitu memainkan peranan dalam perkembangan kehidupan masyarakat dunia serta berjaya menyebarkan pelbagai
ideologi terhadap pemikiran masyarakat. Penulis melihat perubahan dan pantafsiran yang pelbagai kepada bidang sastera ini adalah begitu terkesan sekali dalam kehidupan. Lebih-lebih lagi apabila ianya dihubungkan dengan aliran sastera pascamodenisme yang sememangnya telah memaparkan karya kesusasteraan yang lebih umum dan bebas sifatnya, di mana tiada sebarang pentafsiran yang khusus terhadap karya-karya sastera. Keadaan ini sebenarnya akan membawa pengaruh yang lebih besar lagi terhadap masyarakat kontemporari kini daripada pelbagai aspek dan lapangan kehidupan mereka.
2.4.2 KESUSASTERAAN PASCAMODENISME
Dalam perkembangan sastera moden, Saussure merupakan di kalangan tokoh kesusasteraan Barat yang telah menghasilkan pengaruh yang cukup jelas dalam kajian sastera, khususnya teori dan kritikan sastera yang berhubung dengan strukturalisme semiotik. Sebelum kemunculan teori dan kritikan sastera strukturalisme, makna sesuatu karya sastera adalah tertakluk atau bersumberkan daripada subjek manusia. Namun begitu, kehadiran strukturalisme ini telah menghasilkan teori dan kritikan sastera yang bersifat "anti-human" iaitu sastera tidak lagi ditentukan oleh subjek manusia tetapi sebaliknya ditentukan oleh struktur dan sistem yang mendasarinya. Ini bermakna segala unsur-unsur yang diluar karya sastera adalah ternafi. Kemudian makna ini terus dinafikan oleh teori dan kritikan sastera dekonstruksi, di mana ianya juga adalah bersifat anti-struktur (Sohaimi 2003: 58). Selain daripada intertekstual dan pluralisme yang telah diutarakan oleh beberapa tokoh seperti Lyotard, Jameson dan Huyssen, relativisme1 juga merupakan salah satu daripada ciri-ciri pascamodenisme.
Teori kritikan sastera pascamoden adalah bermula dengan dekonstruksi dan pascastrukturalisme. Aliran sastera yang tergolong dalam kelompok ini adalah terdiri daripada semiotik, intertekstual, psikoanalisis, feminisme, historisisme baru dan
1 Suatu konsep yang menyatakan bahawa kebenaran itu bukan selalunya benar tetapi ia dibatasi oleh tabii fikiran
manusia.
kebudayaan. Teori kritikan semiotik ketika zaman strukturalisme adalah berkonsepkan piramid iaitu tanda, penanda dan petanda yang hanya bertujuan untuk mencari satu makna sahaja. Namun di zaman pascamoden ia adalah bertujuan kepada pemecahan tanda dan menuju kepada polimakna iaitu kepelbagaian makna. Kritikan sastera feminisme pula berubah dariapada liberal kepada lebih radikal (Mana Sikana 2004: 184-185). Kesemua teori kritikan sastera ini bagi penulis sebenarnya bukan sahaja telah menentang segala bentuk teori sastera moden, malahan ia sebenarnya menentang segala teori kritikan sastera sebelumnya lagi. Kritikan sastera klasik yang berfungsi untuk memelihara nilai-nilai kemanusiaan dan mengetengahkan dasar-dasar manusia yang berbudaya serta melihat bahawa karya sastera perlu teguh pada makna manusiawi dan menuju kepada pentafsiran yang sama akhirnya telah dirombak dan ditentang oleh golongan pengkritik pascamodenisme.
Sebenarnya terdapat pelbagai aliran pemikiran dalam sastera pascamodenisme. Kelompok pertama adalah terdiri daripada tokoh-tokoh seperti Derrida, Lyotard dan Rorty yang telah mengutarakan aliran pemikiran dekonstruktif. Kelompok kedua pula terdiri daripada Heidegger, Gadamer, Ricoeur dan Mary Hasse dengan membincangkan aliran pemikiran rekonstruktif. Kelompok terakhir pula adalah terdiri daripada tokoh-tokoh aliran pemikiran revesionistif seperti Griffin, Ferre Zukav. Kelompok pertama dilihat sebagai kelompok yang lebih lantang dan luas perbincangannya (Mana Sikana 2004: 282). Kelompok golongan pendukung sastera ini sebenarnya adalah pendukung-pendukung penting yang telah menyebarkan perkembangan dunia pascamoden. Idea dan pandangan mereka ini begitu terkesan dan terpengaruh kepada banyak perbincangan teori kritikan sastera termasuklah teori kritikan sastera di Malaysia sendiri dan di negara-negara Islam lainnya.
Aliran dekonstruktif ini telah ditakrifkan sebagai suatu usaha pembongkaran segala susunan, sistem dan stuktur naratif besar sehingga menjadikannya lebih bersifat nihilis2 dan terpecah-pecah dengan pelbagai pentafsiran. Walaupun aliran rekonstruktif
boleh disifatkan sebagai suatu aliran yang juga membongkar dan melakukan penentangan terhadap modenisme, namun ia dilihat masih boleh untuk mempertahankan unsur-unsur modenisme yang baik, releven dan penting. Aliran ini akan cuba untuk mengolah unsur-unsur modenisme supaya dapat melahirkan sesuatu yang baru, di mana ia sesuai dan sempurna selari dengan hasrat pascamodenisme. Revionisme pula dalam beberapa keadaan dilihat sama dengan rekonstruktif, tetapi ia adalah lebih berpijak pada tradisi dan sejarah sendiri dalam pembentukan karya atau teks (Mana Sikana 2004: 280).
Seseorang akan penulis mengamalkan kaedah selfconscious intertextuality ia membicarakan teks penulisan dan memenuhkannya dengan refleksi atau pemikiran tentang diri sendiri. Kadang-kadang sifatnya menjadi seperti bancuhan dan campuran yang ganjil dan yang menafikan keberadaan penulis sebagai penulis secara formal dan jenis gubahannya. Pascamodenisme juga sering ditandai dengan bentuk penulisan yang lebih bersifat berfikir tentang diri sendiri yang lebih dari yang biasa didapati dalam penulisan yang kritis, pengkritik itu sebagai pencipta yang sedar tentang dirinya, yang mencipta makna baharu dalam medan objek penelitiannya dengan tidak menunjukkan penghormatan yang khusus terhadap objek yag dibicarakannya (Muhammad 2004: 2-4). Ini merupakan suatu idea yang menyatakan tentang kematian subjek iaitu peranan pengarang dan karya sastera boleh dihilangkan dengan mewujudkan watak baru yang lebih menonjol (Aminuddin 2004: 8).
Di Malaysia, kritikan sastera hanya bermula pada tahun 1950-an dengan tertubuhnya ASAS 503 yang telah mencetuskan polemik antara gagasan " Seni untuk Masyarakat" dengan "Seni untuk Seni". Namun begitu perkembangan yang terlewat ini tidak membantutkan perkembangan kritikan sastera di Malaysia. Dunia kritikan sastera di Malaysia kini sebenarnya telah memasuki lapangan perbincangan pemikiran pascamodenisme melalui pendekatan dekonstruksi (Sohaimi 2003: 64).Walaupun
3 Kelahiran angkatan ASAS 50 telah berpusat di Singapura ini sebenarnya disebabkan oleh timbulnya kesedaran di
kalangan penulis atau penyair yang telah sedar dengan tanggungjawab mereka untuk bersama-sama berjuang bagi
mencapai kemerdekaan
perbincangan kritikan sastera di Malaysia tidak boleh disamakan dengan perbincangan kritikan sastera sepertimana di dunia Barat kerana wujudnya pelbagai perbezaan pemikiran, namun begitu ia sebenarnya tetap mempunyai asas-asas prinsip kritikan yang sama (Mana Sikana 1983: 10). Sebagai contohnya, dalam perkembangan kritikan sastera di Malaysia, ia juga melibatkan kepada permulaan perkembangannya sebagai zaman klasisme iaitu suatu zaman kesusasteraan Melayu yang masih boleh dikategorikan sebagai zaman tradisional dan bersifat tempatan.
Jelasnya, perbincangan yang berhubung dengan dunia kritikan sastera pascamodenisme ini sememangnya telah memberikan kesan yang banyak terhadap perbincangan-perbincangan seterusnya yang berhubungkait dengan persoalan kemasyarakatan, kepercayaan, kebudayaan dan lain-lain lagi. Elemen-elemen seperti dekonstruksi, rekonstruktif, realativisme, nihilis dan pelbagai lagi akhirnya telah di bawa ke dalam perbincangan-perbincangan yang lebih meluas lagi terhadap persoalan-persolan seperti kemasyarakatan atau sosial, kepercayaan seperti agama dan persoalan-persoalan lain lagi yang bersifat keuniversalan semasa era moden dahulu. Perkembangan kesusasteraan di Malaysia juga sebenarnya telah mula memasuki perbincangan-perbincangan pascamodenime ini, namun ianya dilihat masih lagi baru dan belum luas berkembang dalam masyarakat.
Karya-karya seperti Shahnon Ahmad, A.Samad Said, Shaharom Husain dan ramai lagi karyawan-karyawan di Malaysia, sebenarnya telah membuktikan bahawa pengkarya sekarang sedang berdepan dengan bentuk kritikan sastera pascamoden sepertimana kritikan sastera yang telah berlaku di dunia Barat. Penghasilan karya- karya ini juga akhirnya membawa pelbagai kesan dan pengaruhnya kepada para pembaca, di mana elemen-elemen perbincangan dalam pemikian aliran pascamoden akhirnya akan mula terbentuk pula dalam masyarakat. Apa yang pasti perdebatan yang sedang berlaku ini seterusnya akan membawa perubahan-perubahan yang berterusan kepada masyarakat terutamanya dari sudut pemikiran dan corak hidup mereka.
2.5
AGAMA
Perbincangan terhadap persoalan pascamoden dalam agama adalah lebih berbahaya sekali kerana ia sebenarnya melibatkan kepada kepercayaan-kepercayaan masyarakat yang telah dianggap sebagai perkara penting dalam kehidupan mereka. Penentangan idealisme pascamoden terhadap perkara-perkara yang universal, penafian terhadap realiti, penolakan kepada naratif besar dan lain-lain lagi telah membawa kesan dan pengaruh besar terhadap segala bentuk kepercayaan dan kebudayaan dalam sesuatu masyarakat. Lebih-lebih lagi apabila ianya dihubungkan kepada agama Islam sendiri. Penolakan kepada elemen universal ini adalah di dasarkan kepada penolakan kepada suatu sistem yang menuju kepada satu bentuk kebenaran dan kepercayaan yang sama kepada seluruh masyarakat. Sedangkan dalam idealisme pascamoden, ia lebih mementingkan kepada induvidu sebagai pentafsir mutlak kepada semua perkara yang berlaku kepadanya. Ini bermaksud bahawa ia akan menyebabkan berlakunya suatu bentuk kepelbagaian pentafsiran tentang sesuatu maksud kebenaran bagi setiap induvidu dan ia bukan didasarkan kepada suatu norma yang sama bagi setiap induvidu.
Kelompok pemikir pascamodenisme ini melihat segala konsep-konsep tradisional dan keagamaan kini telah mengalami perubahan, di mana ia telah mula memasuki ke dalam dunia pluralisme4 pascamoden. Masyarakat semakin suka mengejar kegembiraan-kegembiraan dunia dengan bercirikan kepada taraf kehidupan yang tinggi. Masyarakat pascamoden merupakan masyarakat yang bercirikan kepada undang-undang kapitalis, di mana ia lebih mengejar kepada keuntungan semata tanpa mementingkan kepada perkara lainnya (Berry 2004: 168). Keadaan ini memperlihatkan bahawa agama seolah-olah tidak memiliki peranannya lagi dalam mengatur kehidupan manusia tetapi sebaliknya kemajuan adalah elemen yang paling penting kepada masyarakat pascamoden ini. Ia juga membawa maksud bahawa gaya hidup yang penuh kemewahan sebagai suatu gaya hidup yang terbaik.
4 Bermaksud kepelbagaian atau keanekaragaman seperti kepelbagaian budaya, kepelbagaian cara hidup dan lain-
lain lagi
Jelasnya, dalam pemikiran pascamoden, mereka telah menggambil sikap
iconoclastic iaitu bersikap menolak kepercayaan-kepercayaan agama dan tradisi yang
terkenal. Ia menyatakan bahawa semua ideologi seperti Marxisme atau kepercayaan- kepercayaan agama sebagai satu jenama yang mudah diperolehi di pasaraya-pasaraya idea. Di mana ia memperlihatkan bahawa aliran ini menanggapi semua bentuk ideologi malahan agama sekalipun sebagai suatu perkara yang tidak muktamad dan bukan sebagai jawapan terakhir dalam semua persoalan kehidupan manusia (Ahmed 2004: 10-11). Kelompok pemikir pascamodenisme ini sebenarnya telah menganggap bahawa agama sebagai suatu buatan manusia, di mana ianya akan berubah mengikut tempat, masa dan bangsa. Tiada suatupun yang boleh dikatakan sebagai benar sekalipun terhadap hal-hal yang berhubung dengan kenabian, ulama, dan lain-lain lagi (Aminuddin 2004: 9).
Kesimpulannya segala bentuk penafian yang berlaku ini akhirnya telah membawa kesan-kesan yang buruk dalam kepercayaan-kepercayaan agama sekarang seperti agama Islam, Kristian, Buddha dan banyak lagi agama-agama lainnya. Akhirnya perkembangan masyarakat dunia tidak akan dipengaruhi lagi oleh norma- norma dan nilai-nilai agama sebaliknya ia ditentukan semata-mata menurut kehendak dan kemahuan manusia sendiri serta keinginan kepada kemajuan semata-mata sebagai landasan utama. Ia seolah-olah menyatakan bahawa hidup di dunia adalah sebenar- benar kehidupan dan tiada istilah berkaitan dengan akhirat. Keadaan ini akan menambahburukkan lagi segala bentuk keruntuhan yang berlaku dalam masyarakat. Akhirnya agama akan ditolak daripada menentukan segala-galanya dalam kehidupan manusia.
1.6
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, masyarakat dunia kini telah dibentuk semula oleh suatu kefahaman yang baru terhadap dunia mereka. Masyarakat tidak lagi memiliki identiti mereka sendiri. Kepercayaan kepada naratif besar seperti agama telah mula di rombak
atau di nilai semula dan telah digantikan dengan kepercayaan yang bercirikan kepada pluralisme. Ia seolah-olah memperlihatkan bahasa semua kepercayaan agama itu adalah sama sahaja tanpa mengira agama apa sekalipun. Segala bentuk kefahaman seperti ini akhirnya akan membawa kepada kesan yang lebih buruk, masyarakat akan mengalami keruntuhan dari segi moral dan nilai-nilai kebaikan mereka. Kebenaran tidak lagi dilihat sebagai sesuatu yang mutlak bagi sesuatu masyarakat, malahan segalanya adalah ditentukan oleh diri induvidu sendiri. Proses kepelbagaian dan keanekaragaman identiti masyarakat akan terus diperjuangkan. Ia termasuklah kepada pengikhtirafan identiti masyarakat kelas terpinggir. Iaitu kelas masyarakat seperti gay, lesbian, black matel dan lain-lain lagi.
Jelasnya perbincangan-perbincangan yang telah diutarakan dalam bab ini sebenarnya banyak menyentuh kepada aspek-aspek yang berkaitan dengan bidang perbincangan dan perdebatan aliran pascamoden. Sekalipun perbincangan yang telah diutarakan adalah dari sudut perbincangan bidang-bidang yang berbeza, namun ciri- ciri asas ataupun prinsip perdebatan aliran pascamoden sebenarnya adalah sama. Sebagai contohnya elemen-elemen pluralisme, relativisme dan dekonstruksionisme merupakan ciri-ciri penting yang cuba diperjuangkan dan diperkenalkan oleh golongan pemikir pascamodenisme ini kepada masyarakat dunia. Penolakan terhadap naratif besar, ketiadaan makna dan lain-lainnya adalah memperlihatkan kepada asas penolakan golongan pemikir pascamoden ini menolak kepada elemen-eleman yang dianggap sebagai membelenggu kebebasan manusia. Jelasnya pemikiran seperti ini adalah lebih sistematik lagi berbanding bentuk pemikiran modenisme sebelum ini.
atau di nilai semula dan telah digantikan dengan kepercayaan yang bercirikan kepada pluralisme. Ia seolah-olah memperlihatkan bahasa semua kepercayaan agama itu adalah sama sahaja tanpa mengira agama apa sekalipun. Segala bentuk kefahaman seperti ini akhirnya akan membawa kepada kesan yang lebih buruk, masyarakat akan mengalami keruntuhan dari segi moral dan nilai-nilai kebaikan mereka. Kebenaran tidak lagi dilihat sebagai sesuatu yang mutlak bagi sesuatu masyarakat, malahan segalanya adalah ditentukan oleh diri induvidu sendiri. Proses kepelbagaian dan keanekaragaman identiti masyarakat akan terus diperjuangkan. Ia termasuklah kepada pengikhtirafan identiti masyarakat kelas terpinggir. Iaitu kelas masyarakat seperti gay, lesbian, black matel dan lain-lain lagi.
Jelasnya perbincangan-perbincangan yang telah diutarakan dalam bab ini sebenarnya banyak menyentuh kepada aspek-aspek yang berkaitan dengan bidang perbincangan dan perdebatan aliran pascamoden. Sekalipun perbincangan yang telah diutarakan adalah dari sudut perbincangan bidang-bidang yang berbeza, namun ciri- ciri asas ataupun prinsip perdebatan aliran pascamoden sebenarnya adalah sama. Sebagai contohnya elemen-elemen pluralisme, relativisme dan dekonstruksionisme merupakan ciri-ciri penting yang cuba diperjuangkan dan diperkenalkan oleh golongan pemikir pascamodenisme ini kepada masyarakat dunia. Penolakan terhadap naratif besar, ketiadaan makna dan lain-lainnya adalah memperlihatkan kepada asas penolakan golongan pemikir pascamoden ini menolak kepada elemen-eleman yang dianggap sebagai membelenggu kebebasan manusia. Jelasnya pemikiran seperti ini adalah lebih sistematik lagi berbanding bentuk pemikiran modenisme sebelum ini.
Sastra Lama dan Sastra Modern
Oleh: Valentina Galuh X-9/21
Periodisasi Kesusastraan di Indonesia
Sastra Lama Angkatan Balai Pustaka
Angkatan Pujangga Baru Zaman Peralihan Angkatan ‘45 Sastra modern Angkatan ’50-’60an Angkatan ’66-’70an
Cyber sastra
Angkatan 2000-an Angkatan Reformasi Angkatan Dasawarsa ’80-an
Persamaan Sastra Lama dan Sastra Modern
• Karyanya sama-sama dibentuk oleh unsur intrinsik • Menggunakan bahasa/kata yang terpilih, diksi yang tepat • Mempunyai bahasa tuturan dan dialog(dalam prosa dan drama) • Bertujuan untuk dibaca/didengar orang lain agar mereka mendapat hiburan dan/atau nasihat • Bentuknya dapat berupa puisi, prosa, atau drama
Perbedaan Sastra Lama dan Sastra Modern
(Berdasarkan Ciri-cirinya)
Sastra Lama
1. Penyebaran dari mulut ke mulut 2. Bahasa yang digunakan kaku/statis 3. Tema cerita tentang dewa-dewa, dongeng petualangan yang bersifat mistis 4. Dipengaruhi oleh sastra Arab dan Hindu/India 5. Penulisnya anonim
Sastra Modern
1. Gaya yang aktifromantis 2. Dinamis dalam tema dan bahasa 3. Tema memperjuangkan masalah kebudayaan, bahasa, dan masyarakat sentris 4. Diketahui nama pengarangnya karena dinyatakan dengan
Sastra Lama
• Dihasilkan antara tahun 1870-1942. • Berkembang di daerah Sumatera. • Contoh Sastra lama:
– – – – – – – – – – – – – Gurindam Syair Pepatah Hikayat Legenda Seloka Dongeng Pantun Mythe Talibun Mantra Karmina Fabel
Gurindam
• Gurindam adalah satu bentuk puisi Melayu lama. • Ciri-ciri gurindam:
– – – – Terdiri dari dua baris kalimat Rima sama Semua bagian merupakan isi Baris pertama berisi semacam soal, masalah, atau perjanjian dan baris kedua berisi jawaban atau akibatnya.
• Contoh gurindam: Gurindam 12
Hikayat
• Hikayat adalah salah satu bentuk sastra prosa, biasanya ditulis dalam Bahasa Melayu. • Umumnya, hikayat berisi tentang kisah, cerita, dan dongeng tentang kehebatan maupun kepahlawanan seseorang lengkap dengan keanehan, kesaktian, serta mukjizat tokoh pertama. • Sebuah hikayat dibacakan sebagai hiburan, pelipur lara atau untuk membangkitkan semangat juang. • Contoh hikayat: – Hikayat Hang Tuah – Hikayat Abu Nawas – Hikayat Raja-Raja Pasai
Syair
• Ciri-ciri syair:
– – – – Berasal dari Arab/Parsi Biasanya terdiri atas 4 baris Rima aaaa Semua baris merupakan isi
• Contoh syair:
– Syair Panji Semirang – Syair Bidasari – Syair Perahu
Sastra Modern
• Ciri-ciri:
– – – – – – – – – – – – Bergaya aktif-romantis Tema dan bahasa dinamis Tema diambil dari kehidupan sehari-hari Pengarang diketahui dengan jelas Pujangga Baru (tahun 1930/1933) Angkatan ’45 Angkatan ’50-’60an Angkatan ’66-’70-an Angkatan Dasawarsa ’80-an Angkatan Reformasi Angkatan 2000-an Cyber Sastra
• Periodisasi sastra modern:
Angkatan Balai Pustaka
• • • • • • Berkisar antara tahun 1920-1950. Dipelopori oleh penerbit Balai Pustaka. Pada masa ini, prosa dan puisi mulai menggantikan kedudukan syair, pantun, gurindam, dan hikayat dalam kesusastraan Indonesia. Balai Pustaka didirikan pada masa itu untuk mencegah pengaruh buruk dari bacaan cabul dan liar yang dihasilkan oleh sastra Melayu Rendah yang banyak menyoroti kehidupan pernyaian (cabul) dan dianggap memiliki misi politis (liar). Balai Pustaka menerbitkan karya dalam tiga bahasa yaitu bahasa Melayu-Tinggi, bahasa Jawa dan bahasa Sunda; dan dalam jumlah terbatas dalam bahasa Bali, bahasa Batak dan bahasa Madura. Contoh pengarang dan karyanya yang termasuk angkatan Balai Pustaka:
– – – Marah Roesli, “Siti Nurbaya” Abdul Muis, “Surapati” Nur Sutan Iskandar, “Hulubalang Raja”
Angkatan Pujangga Baru
• Pujangga Baru muncul sebagai reaksi atas banyaknya sensor yang dilakukan oleh Balai Pustaka terhadap karya tulis sastrawan pada masa tersebut, terutama terhadap karya sastra yang menyangkut rasa nasionalisme dan kesadaran kebangsaan. • Ciri dari angkatan ini ialah karyanyabersifat romantik-idealistik. • Angkatan ini dipelopori oleh Sutan Takdir Alisjahbana, Amir Hamzah, dan Armin Pane. • Contoh pengarang dan karyanya yang termasuk angkatan Pujangga Baru:
– S.T.Alisjahbana, “Layar Terkembang” – Armin Pane, “Belenggu” – Tengku Amir Hamzah, “Nyanyi Sunyi”
Angkatan ‘45
• Disebut juga angkatan Chairil Anwar, angkatan Jepang, atau angkatan Modern • Disebut aliran modern dalam kesusastraan Indonesia karena bercirikan ingin bebas dari segala ikatan • Karya sastra angkatan ini lebih bersifat realistik dibandingkan dengan Angkatan Pujangga Baru • Pengarang-pengarang terkenal yang termasuk angkatan ’45 diantaranya adalah Chairil Anwar, Idrus, Achdiat K. Miharja, Aoh Kartamiharja, dan Rustandi Kartakusumah • Contoh pengarang dan karyanya yang termasuk angkatan ‘45:
– Chairil Anwar, “Kerikil Tajam” – Pramoedya Ananta Toer, “Perburuan” – Mochtar Lubis, “Tak Ada Esok”
Angkatan ’50-60an
• Angkatan 50-an ditandai dengan terbitnya majalah sastra “Kisah”, asuhan H.B. Jassin. • Ciri angkatan ini adalah karya sastra yang didominasi dengan cerita pendek dan kumpulan puisi. • Contoh pengarang dan karyanya yang termasuk angkatan ’50-’60an:
– N.H.Dini, “Pertemuan Dua Hati” – Ajip Rosidi, “Pertemuan Kembali” – Ali Akbar Navis, “Robohnya Surau Kami”
Angkatan ’66-70-an
• Sering juga disebut angkatan kontemporer. • Angkatan ini ditandai dengan terbitnya majalah sastra Horison. • Pada angkatan ini, mulailah muncul aliran yang beragam dalam karya sastra. • Contoh pengarang dan karyanya yang termasuk angkatan ’66-’70an:
– Putu Wijaya, “Telegram” – Sapardi Djoko Darmono, “Ayat-ayat Api” – Iwan Simatupang, “Merahnya Merah”
Angkatan ’80-an
• Ditandai dengan banyaknya roman percintaan. • Pada masa angkatan ini, karya sastra Indonesia tersebar luas di berbagai majalah dan penerbitan umum, majalah Horison sudah tidak ada lagi. • Contoh pengarang dan karyanya yang termasuk angkatan ’80-an:
– Hilman, “Lupus” – Marga T, “Badai Pasti Berlalu” – Ashadi Siregar, “Cintaku Di Kampus Biru”
Angkatan Reformasi
• Kemunculan angkatan ini ditandai dengan maraknya karya-karya sastra yang bertemakan sosial-politik, khususnya yang bertemakan reformasi. • Akan tetapi, wacana mengenai lahirnya angkatan ini tidak berhasil dikukuhkan karena tidak memiliki ‘juru bicara’.
Angkatan 2000-an
• Pada tahun 2002, Korrie Layun Rampan membuat wacana tentang lahirnya sastrawan angkatan 2000, yang terdiri atas kurang-lebih 100
Tidak ada komentar:
Posting Komentar